Thursday 21 June 2012

NALURI - MY BEST FRIEND




setulus ingatan



 Hari pertama ku melihatnya aku merasakan seolah-olah ingin mengenalinya walaupun hanya mengenali wajahnya sahaja. Terdetik di hatiku.. “ Hmm.. aku rasa dia ni boleh jadi kawan baik aku..” . Kadang-kadang aku tak paham apa yang aku rasakan hanya mengikut gerak hati sahaja. Aku bertekad untuk kenal dengan gadis tersebut dan memikirkan bagaimana aku nak mendekatinya sedangkan aku malu nak bertegur dengan mana-mana gadis sebelum ni. Aku terus memerhati namanya di ‘name tag’ pada baju uniformnya dan memerhati wajahnya yang comel .

Keesokan harinya, takdir  Illahi untuk memperkenalkan aku dengan dia. Gadis tersebut meninngalkan nombor telefonnya di papan kenyataan. Dalam hatiku berbisik, “ kalau nombor ni letak dekat papan kenyataan memang nak di kacau ni..haha..”. Apa lagi, aku terus menghantarkan SMS dekat nombor telefon bimbit gadis tersebut. Alhamdulillah gadis tersebut memberi respon walaupun dia tidak mengenali siapa aku sebenarnya. Keesokannya, rakan-rakan gadis tersebut menarik dia ke papan kenyataan dan cuba mencari nombor telefon bimbit sekiranya sama dengan orang yang menghantar SMS kepadanya. Aku dan rakan-rakan ku pon kena letak nombor telefon bimbit di situ bagi memudahkan staff untuk menghubungi sekiranya ada kes. Daripada awal aku jangka perkara ni akan terjadi dan aku telah menggunakan nombor telefon yang lain. Mereka mengesyaki antara aku dan rakan-rakanku yang menghantar SMS tersebut. Aku hanya berdiamkan diri dan masih tidak berterus terang siapa diriku sebenarnya. Kami terus berkawan macam “ Secret Admire ” la ni..haha..Hari demi hari bergurau senda dalam SMS walaupun dia tidak mengenali aku. Meskipun menjalani praktikal dalam wad yang sama tetapi kami tidak pernah bertegur sapa. 

Hari yang ke 4 perkenalan aku dan dia, setelah habis waktu praktikal aku mengajak dia untuk berjogging di stadium pada waktu petang. Tanpa menolak dia terus bersetuju untuk berjumpa aku di stadium. Setelah sampai di stadium, rakannya berkata “ oh mamat ni rupanya, ingatkan siapa...”. Aku hanya tersenyum dan terus mengajak gadis tersebut berjogging. Kami berdua berjogging sementara rakannya duduk bersembang. “ Awak boleh ke saya jadi kawan awak ni ? ”,soal aku.. “ boleh je tapi saya dah bertunang tau ”,jawab gadis tersebut. Aku hanya tersenyum dan berkata “ saya sebenarnya dah kahwin ada anak satu ” dan dia terus percaya apa yang aku cakapkan tadi. Hati aku berbisik sendiri, “ tua sangat ke aku ni ha? Haha..lantak lah..yang penting aku muda..hehe..”. Kami terus berbual sambil menggelilingi stadium tersebut. 

Walaupun sudah pernah berjumpa tetapi di dalam wad dia seolah-olah tidak mengenali aku dan seperti tidak nampak aku. Bagi aku mungkin dia malu sebab baru berkenalan dan lagi pun memang sifat asal perempuan yang pemalu. Hari demi hari aku semakin rapat dengan dia dan menceritakan segala masalah aku dan dia merupakan seorang pendengar yang sangat baik. Walaupun dia dah bertunang, aku tidak tahu kenapa aku nak berkawan dengan dia. Mugkin kerana sifatnya yang selalu mengambil berat,ingin tahu dan banyak mulut. Walaupun sebenarnya prinsip hidup aku tidak akan berkawan rapat dengan gadis yang sudah mempunyai kekasih, bertunang dan berkahwin. Aku hairan kenapa aku nak juga berkawan dengan dia dan terus memikir sebabnya. 

Semenjak kali pertama berjumpa, aku terus mengajak dia berjumpa sekiranya ada masa terluang tetapi pada mulanya dia malu dan sering mengelak untuk berjumpa. Namun akhirnya, kami kerap berjumpa sehinggalah aku membawanya jalan ke Melaka. Semenjak hari tu, aku merasakan bahawa dia boleh menjadi kawan baik aku. Dari dulu aku mencari seseorang yang boleh jadi kawan baik aku tidak kira susah ataupun senang. Kami kerap berjumpa dan salaing berkongsi masalah dan bergurau senda. Pada suatu malam kami ke pasar malam, walaupun pasar malam di Tampin tidaklah sebesar mana tapi seronok kerana ramai yang pergi dan banyak pilihan makanan. Di sana, aku mula menyedari bahawa gadis ini sangat kuat makan. “ perghhhh..banyak juga dia ni nak makan..itu nak..ini nak..badan kurus jer..hahha ”,hatiku mula berbisik. Tidak pernah seseorang gadis lap peluh aku selama ni, tapi dia boleh buat macam tu masa tunggu untuk beli kebab. Berpeluh-peluh dengan asap yang banyak dekat situ tapi disebabkan dia nak beli terpaksalah aku ikut dan teman. 

Namun pun begitu, perkenalan kami dalam masa yang singkat sudah mula membuat kami akrab dan mula menjadi kawan baik. Tetapi masa tidak mengizinkan kami bertemu lama kerana aku akan pulang ke kolej di seremban dan dia masih menjalani praktikal di Tampin dan pulang ke kolej di Port Dickson. Jarak yang jauh membuatkan kami jarang berjumpa tetapi hanya berhubung melalui telefon bimbit. Akhirnya aku dapat mencari seorang kawan baik yang dah lama aku cari dengan sifat-sifat yang dimiliki dia. Mungkin takdir Illahi nak mempertemukan aku dengan dia di sana dan telah menjadi kawan baik. Kadang-kadang aku rasa pelik kerana dia sanggup telefon aku tiap-tiap hari daripada mula berkenalan sehinggalah kini. Dalam hatiku, “ Kenapa dia sanggup call aku hari-hari..kesian banyak duit dia habis untuk aku..”, sampaikan aku rasa serba salah dengan dia. Aku rasa bersyukur sangat dapat berkenalan dengan dia kerana selepas kehadiran dia sebagai kawan baik aku membuatkan aku tidak lagi sepi. 

Hari demi hari berlalu, pelbagai cerita sedih, perasaan dan segala masalah aku di luahkan dengan dia. Segala rahsia aku di dalam tangan dia kini dan aku pun mula mengenal gadis tersebut dengan lebih rapat. Setiap orang pasti ada masalah masing-masing begitu juga dengan dia. Aku sedia mendengar dan memahami serta menasihati dia seperti mana yang dia lakukan pada aku selama ni. Walaupun dia dah bertunang kami masih berkawan dan tahu batasan sebagai seorang kawan serta aku sentiasa akan mendoakan dia bahagia bersama tunangnya yang akan diijabkabulkan sebagai suami isteri hujung tahun ni. “ She is my best friend in the world..here after...”.

Kalau nak diikutkan tak kan pernah habis cerita kita mengenai kawan baik kita yang sering ada untuk kita. Pelbagai kenangan manis,pahit,suka dan duka dikongsi bersama dan di simpan bersama. Inilah cerita perkenalan aku dan kawan baikku SITI NURBALQIAH.



No comments:

Post a Comment