Friday, 22 June 2012

ANTARA MINAT & KEGILAAN - MOTORSIKAL



 segalanya




Motosikal sudah semestinya menjadi kegilaan remaja lelaki yang berjiwa hebat..hebat la kot..hahaha..tapi apa-apa pun kebiasaannya inilah antara kegilaan kami tak kiralah lelaki,perempuan mahupun usia muda ataupun tua tetap ada yang meminatinya dan gilakannya..ada yang minat retro,kapcai dan yang lagi upgrade semestinya superbike..perghhhhh..hati siapa tak teruja kalau tengok superbike depan mata apatah lagi kalau dengar bunyinya..vrooommmmmmmm...aiyooooo..giler la brother ni ada superbike..hehhe..tambahan pula kalau ducati kan..memang seronok la dengar bunyi dia...hanya orang yang betul-betul minat akan merasai jiwa ni..kalau tengok pon dah teruja apatah lagi bunyinya yang garang tu..dapat bergambar pun jadilah kan..hahaha..


Aku pun memang minat superbike ni tapi diikutkan kemampuan diri hanya layak pakai kapcai. Belum ada rezeki nak upgrade, tapi kalau ada rezeki confirm nak punya,,hahaha..Aku ada yamaha 125z..wenggggg..wenggg..haha..daripada sekolah lagi aku memang minat gila lah kat motor ni. Bagi aku dia punya bentuk memang garang la kan dengan bunyinya tapi xla segarang RXZ..hehe..Apa lagi puas hati aku bila aku dah dapat rasa motor sendiri kan..YAMAHA 125Z..Macam-macam aku buat kat kapcai aku..tapi tak de usik mesin ke apa-apa..luaran jer lah..haha..aku bukan merempit..hanya suka-suka nak menghias dan bagi kepuasan diri..

Tapi.......sekarang hanya tinggal kenangan jer lah..dah kena sebat dengan siapa la..aku pun tak tahu..ermmm..maybe ini bukan rezeki aku..mane tahu ada rezeki lain dapat superbike ke..hahaha..berangan jelah lebih-lebih..macam ‘ Mat Jenin ’, ala yang macam citer dulu-dulu tu..haha..perghhhh..memang menyirap betul hati aku masa dapat tahu hilang motor...

      Semuanya bermula disini......pada 22hb Mac 2012, selepas habis waktu praktikal “pm shift”, macam biasa aku lepak-lepak je lah kat rumah. Malam tu memang aku rasa bosan sangat-sangat la tambahan duit elaun baru keluar kan..apa lagi..nak enjoy la sikit-sikit..aku nak p karoke la,tapi tak de la member pulak nak ajak teman kan..serabut aku malam tu..nak tidur pon tak boleh,nak on9 pon dah boring..haha..sampi lah pukul 1 pagi aku tak boleh tidur dan tak keluar pergi mana-mana pun..dah bosan sangat,aku pergi mandi dan terus ke hospital..saje rajin nak on call sebab dah hampirseparuh gila kebosanan melanda..aku turun pun bawak 125z dan parking la betul-betul depan pintu masuk hospital seperti biasa. Aku kunci pelbagai kunci aku pasang kat kapcai aku ni..maklumlah dah sayang kan..macam isteri dah..haha.. guard hspital 3 orang kat pintu masuk masa aku datang tu..ok lah kan, tak lah risau sebab hari pon dah malam..ehhh..dah pagi dah kan..hehe..1.30 pagi aku masuk dalam jabatan kecemasan tolong-tolong buat kerja apa yang patut,masa tu banyak la pula ambulans datang refer kes dari klinik-klinik kan..dah dekat pukul 4pagi baru la lengang..4.10pagi..aku menjengah la ikut tingkap nak tengok isteriku tu..selalu macam tu lah aku masa praktikal..pagi ke petang..kejap-kejap tengok jer motor..tapi masa aku tengok tak ada la pula..dalam hati aku dah kata, “ ehh..aku parking belah mana ni,sebelah sana sikit ker ” . Apa lagi hati dah rasa lain macam je,aku terus keluar tengok memang dah tak de..perggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh...aku mimpi! Aku mimpi ! aku mimpi! ...serabut dah kepala aku..aku panggil la M.A dekat situ cakap motor aku dah hilang,pergi dekat post guard..boleh pula tengok guard tu tidur..siap panggil 2-3 kali..boleh dia cakap biasalah terlelap...eiii..sakitnya hati ini!! Terus aku g balai polis wat report..sampai hari ni..tiada berita dah mana kapcai aku..rangka pun dah tak da..

Itulah kisah aku dengan kapcai aku..korang macam mane?? Hehe..apa pun yang terjadi ada himahnya kan. Walaupun sedih dan perit sebab banyak sentimental value sepanjang aku dengan JHY 5780..tapi semuanya in memories.



Thursday, 21 June 2012

NALURI - SAHABAT, TEMAN, RAKAN


setulus ingatan

Hidup tak lengkap tanpa adanya rakan atau sahabat ataupun teman. Mesti semua orang perlukan seseorang untuk bersama bukan sahaja teman istemewa tetapi temasuklah rakan. Kadangkala kita perlukan masa untuk bersendirian tetapi lebih banyak masa diluangkan untuk kawan ataupun sahabat. Tidak kiralah bagaimana pun cara kita nak luangkan masa dengan mereka dengan macam-macam ragam. Ada yang suka berjalan-jalan, bergurau senda, tengok wayang, bowling, futsal, dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh dikongsikan.

Semua orang mesti ada ramai kawan dan mesti ada kenangan yang tak kan dapat dilupakan. Bila dah berpisah ataupun dah berada jauh, masing-masing akan bercerita kenangan-kenangan lepas. Walaupun ada yang mungkin pahit tetapi jadi manis bila peristiwa tu jadi sejarah lalu. Tak percaya ?? haha..tanyalah pada diri sendiri..anda tahu jawapannya..

Kadangkala kita tidak sedar yang perhubungan sahabat ini sangat penting dan keinginan untuk tetap menjalinkan talian persahabatan sampai bila-bila walaupun mulut menafikan kerana ego. Namun dalam hati hanya anda yang tahu apa ertinya sebuah persahabatan. Ketawa dan senyuman rakan membuatkan seseorang ingin terus memberi kan reaksi itu kepada rakannya disamping mengekalkan persahabatan dan mencipta kenangan-kenangan yang indah.

Inilah sahabat dan rakan-rakanku..dan persahabatan antara mereka dengan mereka..








   


















 ALL IN MEMORIES

NALURI - MY BEST FRIEND




setulus ingatan



 Hari pertama ku melihatnya aku merasakan seolah-olah ingin mengenalinya walaupun hanya mengenali wajahnya sahaja. Terdetik di hatiku.. “ Hmm.. aku rasa dia ni boleh jadi kawan baik aku..” . Kadang-kadang aku tak paham apa yang aku rasakan hanya mengikut gerak hati sahaja. Aku bertekad untuk kenal dengan gadis tersebut dan memikirkan bagaimana aku nak mendekatinya sedangkan aku malu nak bertegur dengan mana-mana gadis sebelum ni. Aku terus memerhati namanya di ‘name tag’ pada baju uniformnya dan memerhati wajahnya yang comel .

Keesokan harinya, takdir  Illahi untuk memperkenalkan aku dengan dia. Gadis tersebut meninngalkan nombor telefonnya di papan kenyataan. Dalam hatiku berbisik, “ kalau nombor ni letak dekat papan kenyataan memang nak di kacau ni..haha..”. Apa lagi, aku terus menghantarkan SMS dekat nombor telefon bimbit gadis tersebut. Alhamdulillah gadis tersebut memberi respon walaupun dia tidak mengenali siapa aku sebenarnya. Keesokannya, rakan-rakan gadis tersebut menarik dia ke papan kenyataan dan cuba mencari nombor telefon bimbit sekiranya sama dengan orang yang menghantar SMS kepadanya. Aku dan rakan-rakan ku pon kena letak nombor telefon bimbit di situ bagi memudahkan staff untuk menghubungi sekiranya ada kes. Daripada awal aku jangka perkara ni akan terjadi dan aku telah menggunakan nombor telefon yang lain. Mereka mengesyaki antara aku dan rakan-rakanku yang menghantar SMS tersebut. Aku hanya berdiamkan diri dan masih tidak berterus terang siapa diriku sebenarnya. Kami terus berkawan macam “ Secret Admire ” la ni..haha..Hari demi hari bergurau senda dalam SMS walaupun dia tidak mengenali aku. Meskipun menjalani praktikal dalam wad yang sama tetapi kami tidak pernah bertegur sapa. 

Hari yang ke 4 perkenalan aku dan dia, setelah habis waktu praktikal aku mengajak dia untuk berjogging di stadium pada waktu petang. Tanpa menolak dia terus bersetuju untuk berjumpa aku di stadium. Setelah sampai di stadium, rakannya berkata “ oh mamat ni rupanya, ingatkan siapa...”. Aku hanya tersenyum dan terus mengajak gadis tersebut berjogging. Kami berdua berjogging sementara rakannya duduk bersembang. “ Awak boleh ke saya jadi kawan awak ni ? ”,soal aku.. “ boleh je tapi saya dah bertunang tau ”,jawab gadis tersebut. Aku hanya tersenyum dan berkata “ saya sebenarnya dah kahwin ada anak satu ” dan dia terus percaya apa yang aku cakapkan tadi. Hati aku berbisik sendiri, “ tua sangat ke aku ni ha? Haha..lantak lah..yang penting aku muda..hehe..”. Kami terus berbual sambil menggelilingi stadium tersebut. 

Walaupun sudah pernah berjumpa tetapi di dalam wad dia seolah-olah tidak mengenali aku dan seperti tidak nampak aku. Bagi aku mungkin dia malu sebab baru berkenalan dan lagi pun memang sifat asal perempuan yang pemalu. Hari demi hari aku semakin rapat dengan dia dan menceritakan segala masalah aku dan dia merupakan seorang pendengar yang sangat baik. Walaupun dia dah bertunang, aku tidak tahu kenapa aku nak berkawan dengan dia. Mugkin kerana sifatnya yang selalu mengambil berat,ingin tahu dan banyak mulut. Walaupun sebenarnya prinsip hidup aku tidak akan berkawan rapat dengan gadis yang sudah mempunyai kekasih, bertunang dan berkahwin. Aku hairan kenapa aku nak juga berkawan dengan dia dan terus memikir sebabnya. 

Semenjak kali pertama berjumpa, aku terus mengajak dia berjumpa sekiranya ada masa terluang tetapi pada mulanya dia malu dan sering mengelak untuk berjumpa. Namun akhirnya, kami kerap berjumpa sehinggalah aku membawanya jalan ke Melaka. Semenjak hari tu, aku merasakan bahawa dia boleh menjadi kawan baik aku. Dari dulu aku mencari seseorang yang boleh jadi kawan baik aku tidak kira susah ataupun senang. Kami kerap berjumpa dan salaing berkongsi masalah dan bergurau senda. Pada suatu malam kami ke pasar malam, walaupun pasar malam di Tampin tidaklah sebesar mana tapi seronok kerana ramai yang pergi dan banyak pilihan makanan. Di sana, aku mula menyedari bahawa gadis ini sangat kuat makan. “ perghhhh..banyak juga dia ni nak makan..itu nak..ini nak..badan kurus jer..hahha ”,hatiku mula berbisik. Tidak pernah seseorang gadis lap peluh aku selama ni, tapi dia boleh buat macam tu masa tunggu untuk beli kebab. Berpeluh-peluh dengan asap yang banyak dekat situ tapi disebabkan dia nak beli terpaksalah aku ikut dan teman. 

Namun pun begitu, perkenalan kami dalam masa yang singkat sudah mula membuat kami akrab dan mula menjadi kawan baik. Tetapi masa tidak mengizinkan kami bertemu lama kerana aku akan pulang ke kolej di seremban dan dia masih menjalani praktikal di Tampin dan pulang ke kolej di Port Dickson. Jarak yang jauh membuatkan kami jarang berjumpa tetapi hanya berhubung melalui telefon bimbit. Akhirnya aku dapat mencari seorang kawan baik yang dah lama aku cari dengan sifat-sifat yang dimiliki dia. Mungkin takdir Illahi nak mempertemukan aku dengan dia di sana dan telah menjadi kawan baik. Kadang-kadang aku rasa pelik kerana dia sanggup telefon aku tiap-tiap hari daripada mula berkenalan sehinggalah kini. Dalam hatiku, “ Kenapa dia sanggup call aku hari-hari..kesian banyak duit dia habis untuk aku..”, sampaikan aku rasa serba salah dengan dia. Aku rasa bersyukur sangat dapat berkenalan dengan dia kerana selepas kehadiran dia sebagai kawan baik aku membuatkan aku tidak lagi sepi. 

Hari demi hari berlalu, pelbagai cerita sedih, perasaan dan segala masalah aku di luahkan dengan dia. Segala rahsia aku di dalam tangan dia kini dan aku pun mula mengenal gadis tersebut dengan lebih rapat. Setiap orang pasti ada masalah masing-masing begitu juga dengan dia. Aku sedia mendengar dan memahami serta menasihati dia seperti mana yang dia lakukan pada aku selama ni. Walaupun dia dah bertunang kami masih berkawan dan tahu batasan sebagai seorang kawan serta aku sentiasa akan mendoakan dia bahagia bersama tunangnya yang akan diijabkabulkan sebagai suami isteri hujung tahun ni. “ She is my best friend in the world..here after...”.

Kalau nak diikutkan tak kan pernah habis cerita kita mengenai kawan baik kita yang sering ada untuk kita. Pelbagai kenangan manis,pahit,suka dan duka dikongsi bersama dan di simpan bersama. Inilah cerita perkenalan aku dan kawan baikku SITI NURBALQIAH.



Wednesday, 20 June 2012

CORETAN HATI : Cinta Antara Dua






Coretan cinta 


 Cinta adalah satu anugerah Illahi yang tidak ternilai harganya dan tidak mampu di beli oleh sesiapa pun tetapi semua insan berhak memiliki cinta mereka dengan berusaha untuk mendapatkannya. Begitulah juga cinta antara dua insan yang ingin di coretkan..iz & mellisa..Cinta yang bermula dari seorang kawan biasa sehingga tanpa sedar masing-masing menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain. Kisahnya bermula dari sini....

Iz berasal dari johor bahru dan secara kebetulan dia perlu menjalani praktikal di sebuah hospital di Johor Bahru bagi menjalani semester 4 di sebuah kolej yang terletak di Seremban. Januari 2011 merupakan satu bulan yang dia perlu untuk menjalani praktikal di sana. Iz di hantar bersama rakannya seramai 29 orang dan ditempatkan di sebuah kolej di Johor Bahru. Sesampainya di sana dia menjalani praktikal seperti semester yang lepas. Di sebabkan peraturan yang agak ketat di sana kebebasan Iz tersekat dan menyebabkan dirinya merasa bosan apatah lagi hubungan cintanya yang sudah retak. Iz menjalinkan hubungan cinta dengan gadis Sarawak namun keluarganya yang tidak merestui hubungan mereka menyebabkan pelbagai masalah dan konflik di antara mereka. Perhubungan mereka semakin renggang dan masing-masing menjauhkan diri. Iz kerap melayari facebook yang mana menjadi kegilaan remaja masa kini untuk mencari kenalan-kenalan baru. Tidak hairanlah untuk mencari seseorang gadis di facebook kerana dia kenal dengan kekasihnya melalui laman sosial ini. Iz melayari facebook seperti biasa dan menambah rakan-rakan baru yang dijumpai nya sehingga lah terjumpanya Bourgenvilla Sweet...

" Bourgenvilla Sweet "..begitulah nama facebook kenalan barunya iaitu Mellisa. Iz mula mengambil langkah untuk mendekati Mellisa namun tidak mendapat reaksi yang baik daripada gadis itu. Iz terus meminta number telefon bimbit gadis tersebut tetapi...' Kita baru sahaja kenal, rasanya tidak perlu kot ',begitulah kata Mellisa. Iz tetap berusaha untuk mendekati Mellisa. Malangnya Mellisa jarang mengaktifkan laman sosial facebook. Namun pun begitu, hubungan mereka mula semakin rapat sedikit demi sedikit. Mereka selalu berkongsi masalah di mana pada masa yang sama Mellisa juga mempunyai konflik dengan kekasihnya. Situasi yang sama antara mereka menyebabkan mereka semakin rapat. Iz mula mengorak langkah untuk mengenal Mellisa dengan lebih rapat. Iz meninggalkan nombor telefon bimbitnya di dalam inbox facebook Bourgenvilla Sweet. Selang beberapa hari Mellisa menghubungi Iz melalu pesanan ringkas SMS. 

Di sini lah bermulanya keakraban perhubungan Iz dan Mellisa. Mellisa merasakan seolah-olah Iz pandai mengambil hatinya,bergurau senda dan sentiasa memberi masa untuk Mellisa. Mellisa tidak merasa sunyi lagi seperti dulu. Walaupun Mellisa mempunyai konflik dengan kekasihnya dan bercerita kepada Iz tetapi Iz menasihati Mellisa untuk bersabar dengan kekasihnya dan bagi peluang kedua meskipun Iz sudah mula menyukai Mellisa dan terus menyimpan perasaannya. Mellisa juga menyimpan perasaan terhadap Iz tetapi menyembunyikan perasaannya sampai satu hari Mellisa bertanya kepada Iz.." Awak..Sampai bila kita nak berkawan? Iz terdiam sementara dan dia faham akan maksud tersurat Mellisa namun hanya berdiam kerana takut melukakan hati Mellisa kerana dia sudah ada kekasih walaupun hubungan yang retak sejak dulu lagi. 

Hari demi hari berlalu, mereka sudah saling merindu dan sayang antara mereka. Walaupun tidak pernah berjumpa tetapi dengan panggilan suara dan SMS sebagai pengganti sudah cukup untuk mereka. Sehinggalah Julai 2011, Iz menjalani praktikal di Melaka di mana Melaka merupakan negeri kelahiran Mellisa. 30 Julai 2011, Mellisa pulang ke Melaka dan keesokannya adalah hari yang paling bersejarah bagi mereka kerana hari ini lah hari pertama mereka akan bersua muka setelah berkenalan selama 5 bulan. Walaupun baru 5 bulan tetapi mereka rasa seperti sudah lama berkenalan. Pertemuan mereka seolah-olah sudah biasa bertemu kerana masing-masing pandai bermesra dan bergurau senda tanpa segan silu. Hari ini diluangkan sepenuhnya kerana hari pertama mereka dapat bertemu. Bergurau senda, senyum, ketawa menghiasi hari mereka dengan indahnya. Disinilah terukirnya cinta mereka dan masing-masing mengakui sayang antara satu sama lain.

Cinta itu sangat indah begitulah juga cinta mereka yang disulami dengan perasaan kasih dan sayang. Pertemuan demi pertemuan mengukuhkan lagi ikatan perhubungan mereka ini menyebabkan mereka takut jikalau terpaksa berpisah. Oktober 2011, Iz telah putus dengan kekasihnya disebabkan masalah yang tidak dapat diselesaikan sejak dari dulu lagi. Masing-masing membuat pilihan untuk berpisah dengan baik. Walaupun terkilan dengan peristiwa itu tetapi Mellisa menjadi tempat dia mengadu dan menumpang kasih dan sayang. Meskipun Mellisa masih berhubungan dengan kekasihnya. Iz mula cemburu dengan kehadiran kekasih Mellisa namun menahan perasaannya kerana dia tahu kekasih Mellisa yang mula-mula datang dalam hidup nya. Iz berazam untuk memiliki Mellisa dan berniat untuk menikahi Mellisa setelah tamat pengajian dan bekerja. Dia membawa Mellisa ke rumahnya untuk berkenalan dengan keluarganya pada Hari Raya Haji. Walaupun pada mulanya Mellisa malu tetapi disambut mesra oleh ibu dan keluarga Iz. Ibu Iz mula berkenan dengan sikap Mellisa yang sopan santun, lemah lembut dan pemalu. " Kalau nak cari calon isteri, carilah macam Mellisa ", kata ibu Iz. Hati siapa tidak suka kalau ibu sendiri dah mula berkenan begitulah juga dengan Iz yang semakin yakin dengan hubungan mereka.

Namun pun begitu, pada Disember 2011 sehari selepas cuti semester, Iz mendapat panggilan dari Mellisa bahawa ibunya sudah setuju kekasih Mellisa untuk masuk meminang Februari tahun depan. Hancur luluh perasaan Iz pada masa itu dan fikirannya terbuntu. Iz seolah-olah tidak dapat menerima apa yang disamapikan oleh Mellisa. Bagaimana hubungan kita? Perlu ke kita berpisah? Tidak boleh ke tolak pinangan tu? pelbagai soalan yang bermain difikiran Iz..