Wednesday 20 June 2012

CORETAN HATI : Cinta Antara Dua






Coretan cinta 


 Cinta adalah satu anugerah Illahi yang tidak ternilai harganya dan tidak mampu di beli oleh sesiapa pun tetapi semua insan berhak memiliki cinta mereka dengan berusaha untuk mendapatkannya. Begitulah juga cinta antara dua insan yang ingin di coretkan..iz & mellisa..Cinta yang bermula dari seorang kawan biasa sehingga tanpa sedar masing-masing menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain. Kisahnya bermula dari sini....

Iz berasal dari johor bahru dan secara kebetulan dia perlu menjalani praktikal di sebuah hospital di Johor Bahru bagi menjalani semester 4 di sebuah kolej yang terletak di Seremban. Januari 2011 merupakan satu bulan yang dia perlu untuk menjalani praktikal di sana. Iz di hantar bersama rakannya seramai 29 orang dan ditempatkan di sebuah kolej di Johor Bahru. Sesampainya di sana dia menjalani praktikal seperti semester yang lepas. Di sebabkan peraturan yang agak ketat di sana kebebasan Iz tersekat dan menyebabkan dirinya merasa bosan apatah lagi hubungan cintanya yang sudah retak. Iz menjalinkan hubungan cinta dengan gadis Sarawak namun keluarganya yang tidak merestui hubungan mereka menyebabkan pelbagai masalah dan konflik di antara mereka. Perhubungan mereka semakin renggang dan masing-masing menjauhkan diri. Iz kerap melayari facebook yang mana menjadi kegilaan remaja masa kini untuk mencari kenalan-kenalan baru. Tidak hairanlah untuk mencari seseorang gadis di facebook kerana dia kenal dengan kekasihnya melalui laman sosial ini. Iz melayari facebook seperti biasa dan menambah rakan-rakan baru yang dijumpai nya sehingga lah terjumpanya Bourgenvilla Sweet...

" Bourgenvilla Sweet "..begitulah nama facebook kenalan barunya iaitu Mellisa. Iz mula mengambil langkah untuk mendekati Mellisa namun tidak mendapat reaksi yang baik daripada gadis itu. Iz terus meminta number telefon bimbit gadis tersebut tetapi...' Kita baru sahaja kenal, rasanya tidak perlu kot ',begitulah kata Mellisa. Iz tetap berusaha untuk mendekati Mellisa. Malangnya Mellisa jarang mengaktifkan laman sosial facebook. Namun pun begitu, hubungan mereka mula semakin rapat sedikit demi sedikit. Mereka selalu berkongsi masalah di mana pada masa yang sama Mellisa juga mempunyai konflik dengan kekasihnya. Situasi yang sama antara mereka menyebabkan mereka semakin rapat. Iz mula mengorak langkah untuk mengenal Mellisa dengan lebih rapat. Iz meninggalkan nombor telefon bimbitnya di dalam inbox facebook Bourgenvilla Sweet. Selang beberapa hari Mellisa menghubungi Iz melalu pesanan ringkas SMS. 

Di sini lah bermulanya keakraban perhubungan Iz dan Mellisa. Mellisa merasakan seolah-olah Iz pandai mengambil hatinya,bergurau senda dan sentiasa memberi masa untuk Mellisa. Mellisa tidak merasa sunyi lagi seperti dulu. Walaupun Mellisa mempunyai konflik dengan kekasihnya dan bercerita kepada Iz tetapi Iz menasihati Mellisa untuk bersabar dengan kekasihnya dan bagi peluang kedua meskipun Iz sudah mula menyukai Mellisa dan terus menyimpan perasaannya. Mellisa juga menyimpan perasaan terhadap Iz tetapi menyembunyikan perasaannya sampai satu hari Mellisa bertanya kepada Iz.." Awak..Sampai bila kita nak berkawan? Iz terdiam sementara dan dia faham akan maksud tersurat Mellisa namun hanya berdiam kerana takut melukakan hati Mellisa kerana dia sudah ada kekasih walaupun hubungan yang retak sejak dulu lagi. 

Hari demi hari berlalu, mereka sudah saling merindu dan sayang antara mereka. Walaupun tidak pernah berjumpa tetapi dengan panggilan suara dan SMS sebagai pengganti sudah cukup untuk mereka. Sehinggalah Julai 2011, Iz menjalani praktikal di Melaka di mana Melaka merupakan negeri kelahiran Mellisa. 30 Julai 2011, Mellisa pulang ke Melaka dan keesokannya adalah hari yang paling bersejarah bagi mereka kerana hari ini lah hari pertama mereka akan bersua muka setelah berkenalan selama 5 bulan. Walaupun baru 5 bulan tetapi mereka rasa seperti sudah lama berkenalan. Pertemuan mereka seolah-olah sudah biasa bertemu kerana masing-masing pandai bermesra dan bergurau senda tanpa segan silu. Hari ini diluangkan sepenuhnya kerana hari pertama mereka dapat bertemu. Bergurau senda, senyum, ketawa menghiasi hari mereka dengan indahnya. Disinilah terukirnya cinta mereka dan masing-masing mengakui sayang antara satu sama lain.

Cinta itu sangat indah begitulah juga cinta mereka yang disulami dengan perasaan kasih dan sayang. Pertemuan demi pertemuan mengukuhkan lagi ikatan perhubungan mereka ini menyebabkan mereka takut jikalau terpaksa berpisah. Oktober 2011, Iz telah putus dengan kekasihnya disebabkan masalah yang tidak dapat diselesaikan sejak dari dulu lagi. Masing-masing membuat pilihan untuk berpisah dengan baik. Walaupun terkilan dengan peristiwa itu tetapi Mellisa menjadi tempat dia mengadu dan menumpang kasih dan sayang. Meskipun Mellisa masih berhubungan dengan kekasihnya. Iz mula cemburu dengan kehadiran kekasih Mellisa namun menahan perasaannya kerana dia tahu kekasih Mellisa yang mula-mula datang dalam hidup nya. Iz berazam untuk memiliki Mellisa dan berniat untuk menikahi Mellisa setelah tamat pengajian dan bekerja. Dia membawa Mellisa ke rumahnya untuk berkenalan dengan keluarganya pada Hari Raya Haji. Walaupun pada mulanya Mellisa malu tetapi disambut mesra oleh ibu dan keluarga Iz. Ibu Iz mula berkenan dengan sikap Mellisa yang sopan santun, lemah lembut dan pemalu. " Kalau nak cari calon isteri, carilah macam Mellisa ", kata ibu Iz. Hati siapa tidak suka kalau ibu sendiri dah mula berkenan begitulah juga dengan Iz yang semakin yakin dengan hubungan mereka.

Namun pun begitu, pada Disember 2011 sehari selepas cuti semester, Iz mendapat panggilan dari Mellisa bahawa ibunya sudah setuju kekasih Mellisa untuk masuk meminang Februari tahun depan. Hancur luluh perasaan Iz pada masa itu dan fikirannya terbuntu. Iz seolah-olah tidak dapat menerima apa yang disamapikan oleh Mellisa. Bagaimana hubungan kita? Perlu ke kita berpisah? Tidak boleh ke tolak pinangan tu? pelbagai soalan yang bermain difikiran Iz..









No comments:

Post a Comment